[BM] Latihan
a. i. Zafri merupakan seorang yang pengotor berlainan dengan adiknya yang sentiasa kemas.
ii. Cikgu menasihati Abu untuk mengemaskan tulisannya yang cakar ayam supaya mudah dibaca.
iii. Kekemasan diri amatlah penting bagi memberi persepsi yang baik kepada masyarakat.
iv. Pak Samad menjual makanan laut dengan harga yang berpatutan di pasar.
v. Kita perlulah menghargai jasa yang telah diberikan oleh kedua-dua ibubapa
vi. Samad telah menghadiahkan adiknya sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan.
b. i. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah dihasilkan oleh saya.
ii. Sayuran-sayuran di belakang rumah perlu disiram oleh kamu setiap petang.
iii. Latihan intensif selama tiga bulan perlu dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
c. i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memesyarakatkan Bahasa Melayu.
ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.
iii. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
d. i. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
ii. Seluruh penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi.
iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
0 comments: