[BM] Karangan Teks Ucapan Dato Seri Najib- Pengubahsuaian Bajet 2016
Jika kita imbas kembali pada 19 tahun yang lalu ketika negara kita mengalami kegawatan ekonomi. Pada tahun 1997, Malaysia telah mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk menyebabkan pelbagai kesan yang memberi impak besar kepada negara. Krisis itu agak dahsyat hingga menyebabkan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK direkodkan pada negatif 7 peratus. Pelbagai kesan disebabkan kejatuhan ekonomi antara kesan terbesar adalah permberhentian pekerja secara mendadak menyebabkan ramai rakyat ketika itu terpaksa menggagur dan tidak dapat menyara keluarga. Akibat yang lain adalah inflasi meningkat, rizab antarabangsa menyusut sebanyak 50 billion ringgit hatta indeks pasaran saham KLSE jatuh menjunam sehingga mencapai 260. Hal ini secara tidak langsung akan memberi banyak keburukan kerana syarikat-syarikat terpaksa gulung tikar dan lebih hampa lagi, lebih ramai rakyat lepasan SPM tidak dapat menyambungkan pelajaran mereka dengan lebih jauh. Jadi atas disebabkan itu, kerajaan yang memimpin ketika itu mengambil langkah drastik untuk memulihkan ekonomi dengan pengawalan modal.Hal ini berlanjutan selama setahun.
Kemudian daripada itu, pada tahun
2008 akibat Subprime Crisis di Amerika memberikan impak yang besar tehadap
pasaran global menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga
mencecah harga 130 dolar Amerika setong. Eksport negara pula menyusut lebih 15
peratus. Justeru itu, sentimen pengguna dan keyakinan peniagaan turut terjejas.
Dato Seri Najib ketika itu telah dilantik menjadi menteri kewangan tanpa
berlengah lagi mengambil langkah segara dengan membentangkan pakej ransangan
ekonomi pertama yang bernila 7 billion ringgit pada November 2008. Kerajaan
juga telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan dan ekonomi demi memacu
Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Pada tahun 2015, Malaysia diduga
sekali lagi dengan cabaran yang berada diluar kawalan kita. Apa yang berlaku
pada tahun lepas, hasil negara berasaskan minyak telah jatuh hampir 14 billion
ringgit. Ketika itu juga pihak kerajaan telah membentangkan pengubahsuaian
bajet 2015 dengan merasionalisasi perbelanjaan serta menyemak semula sasaran
defisit fiskal kepada KDNK, daripada 3 peratus kepada 3.2 peratus.
Langkah-langkah ini telah berjaya mengurangkan kesan akibat kejatuhan harga
minyak dan ketidakketentuan ekonomi global. Pengubahsuaian bajet tersebut juga
disokong oleh isiatif seperti rasionalisasi subsidi minyak yang telah
dilaksanakan terdahulu, walaupun ianya merupakan keputusan yang tidak popular.
Bagi tahun 2016 ekonomi dijangkan
lebih mencabar pertumbuhan ekonomi global juga akan lebih perlahan. Manakala
perdagangan dunia juga akan merosot. Bukan itu sahaja, harga minyak juga akan
jatuh lagi pada paras 30 dolar setong. Perkara ini ternyata akan memberi kesan
signifikan kepada hasil negara. Malah, negara-negara pengeluar minyak juga akan
terjejas ekonominya. Di samping itu, kadar tukaran dolar Amerika terus
mengukuh berbanding matawang lain. Antara matawang tersebut adalah, Real
Brazil, negatif 23.2 peratus, Renminbi China, negatif 5.7 peratus, Dolar
Kanada, negatif 11.3 peratus, Ruble Rusia, negatif 29.3 peratus dan Dolar Singapura,
negatif 5.6 peratus. Sementara itu, nilai Ringgit telah menyusut berbanding
dolar Amerika sebanyak 11.3 peratus iaitu daripada 3.77 ringgit pada Jun 2015
kepada 4.25 ringgit setakat 27 Januari 2016.Hakikatnya ringgit kini di rendah
nilai daripada yang sewajarnya, seraya tidak mencerminkan asas-asas ekonomi
negara. Oleh itu, ringgit dijangka akan lebih menggambarkan kekuatan sebenar
asas ekonomi apabila keadaan pasaran kewangan global kembali stabil kelak, dan
harga minyak kembali kepada paras yang lebih munasabah.
Rentetan daripada itu, pelbagai langkah baru dan terkini
yang diambil oleh kerajaan untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju. Langkah
pertama adalah kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP
pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
Walaubagaimanapun, caruman majikan dikekalkan. Langkah ini, dijangka meningkatkan
perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun. Langkah kedua
pula Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak 2 ribu ringgit, kepada
pembayar cukai individu berpendapatan 8 ribu ringgit sebulan ke bawah, untuk
tahun taksiran 2015. Dengan langkah ini, walaupun Kerajaan akan kehilangan
hasil sebanyak 350 juta ringgit, namun, ianya dapat memberi penjimatan bayaran
cukai individu sehingga 475 ringgit. Khabar gembira ini akan memanfaatkan
seramai 2 juta pembayar cukai. Seterusnya, Di atas inisiatif Timbalan Perdana
Menteri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing, Kerajaan akan terus
memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing, di mana kadar levi hanya akan
diklusterkan kepada 2 kategori sahaja. Ini tidak termasuk kategori pembantu
rumah asing.Selain itu, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program
Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme, untuk memberi
peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit
kerja yang sah. Pelaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan
industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi
tujuan pemantauan keselamatan.
Akhir katanya, pihak kerajaan
meminta agar masyarakat bekerjasama bersama kerajaan dalam memastikan kesejahteraan terjamin pada masa sama tidak meletakkan seratus peratus amanah
dan tanggungjawab keatas kerajaan. Realitinya, negara kita masih didalam
keadaan stabil dan pihak kerajaan akan memastikan kestabilan ekonomi negara
pada sama memastika setiap kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa
terjamin. Dan negara Malaysia bakal menjadi negara maju kearah mercu
kecemerlangan menjelang tahun 2020.
0 comments: