[BM] Contoh Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam
sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
perkataan.
“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia,
yang jahil ketawa.” Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin.
Seni kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan
manusia. Sikap manusia memang menjadi faktor utama pencemaran alam sekitar.
Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan
ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air
bertoksin. Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan usaha memelihara
alam sekitar menerusi media secara serius. Namun usaha tersebut masih di
peringkat awal, kerana majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan
masalah alam sekitar. Banyak pihak yakin cara terbaik untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada
golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk mengasuh
mereka menggunakan sumber alam secara berhemat terutamanya penggunaan air dan
elektrik.Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk
menyiram pokok. Contoh yang lain, lampu dan peralatan elektrik lain perlu
ditutup jika tidak digunakan lagi. Selain itu, menggalakkan mereka membuang
sampah di tempat yang disediakan. Didik mereka untuk kitar semula dengan
mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh
seperti botol, plastik, kaca, dan kertas. Wujudkan tong sampah mengikut
jenis-jenis bahan buangan tersebut. Malah, kita perlu mengajar anak-anak
mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan
seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh menambahkan tabungan.
Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Baja tersebut
digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di halaman. Dengan
ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah.”
Majalah-majalah dan surat khabar boleh digunakan semula oleh
anak-anak dengan cara mengumpulkan atrikel-artikel tertentu untuk dijadikan
buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi minat mereka.
Pendekatan ini akan membantu menjana pemikiran mereka. Terapkan sifat berjimat
cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan dijadikan kraf tangan
seperti beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah
suai menjadi tabung, bekas alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak
lagi digunakan mungkin boleh didermakan
kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Cara ini dapat mendidik mereka
menjadi pemurah selain menggalakkan mereka menyertai program berkaitan
pemeliharaan alam sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam
sekitar.
Kita perlu sedar bahawa walaupun usaha tersebut kelihatan
kecil tetapi jika semua orang melakukannya, usaha ini
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
(Dipetik dan diubah suai daripada‘Surat Pembaca’
Utusan Malaysia, 18 November 2009
Rumusan:
Petikan
membincangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kepentingan
mewujudkan alam sekitar yang bersih di Malaysia.
Yang
pertama adalah pelbagai pihak mempromosikan usaha memelihara alam sekitar
melalui media massa secara serius.
Kedua, ramai pihak memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak
berkaitan alam sekitar. Dengan ini, sifat menyanyangi alam sekitar akan wujud
sejak kecil lagi. Ibu bapa juga digalakkan mengajar anak-anak kebaikan mengitar
semula. Dengan cara ini dapat mewujudkan sikap jimat cermat. Demikian mengajar
mereka kepetingan mewujudkan alam sekitar yang bersih malah sifat ini dapat
dikekalkan hingga dewasa kelak.
Masyrakat
perlulah mengambil serius tentang keburukan pencemaran alam sekitar agar nasi
tidak menjadi bubur.
Kesimpulannya,
masyarakat Malaysia perlulah bekerjasama dalam usaha-usaha mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
0 comments: