[BM] Karangan tentang kekejaman manusia

18:06 Unknown 0 Comments

                    Pada era globalisasi ini, dunia semakin rosak dengan pelbagai maksiat yang dilakukan atas muka bumi ini. Antaranya, kejatuhan akhlak remaja, pembunuhan, perperangan dan pelbagai lagi. Alangkah malunya kita kepada nenek moyang kita yang sudah bersusah payah untuk mendapat kemerdekaan negara hancur disebabkan generasi sekarang. Namun, Malaysia dianggap bertuah berbanding negara-negara yang diambang kemusnahan.
                Baru-baru ini, kita digemparkan kembali dengan berita yang amat menyayatkan hati. Bayi yang suci tanpa dosa telah pecah kepalanya disebabkan ketamakan manusia. Apakah salah si kecil itu sampai sanggup memusnahkan masa hadapannya. Sayu melihat wajah comelnya menangis menahan kesakitan akan peritnya luka tersebut. Malahan itu bukan luka kecil biasa, namun luka yang parah menyebabkannye kehilangan separuh kepalanya. Bayangkan, sedang kita bermain riang lalu terjatuh, mengoyakkan lutut kita. Pedih yang amat namun itu hanya luka kecil dibandingkan bayi comel yang sudah hilang kepalanya. Pecah di bom oleh manusia-manusia yang tamak dengan kekuasaan.
                Meskipun dengan kekucaran situasi, mereka masih teguh menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Dengan ketiadaan bekalan elektrik, bayangkan anak-anak kecil yang hanya sehelai sepinggang duduk berhimpitan dihadapan unggun api semata-mata untuk mendapat kepanasan ketika musim sejuk. Sedangkan, kita duduk di bawah penghawa dingin sudah menggigil apatah lagi mereka yang duduk ketika salji jatuh keatas badan mereka. Kesan peperangan menyebabkan semua bekalan makanan dan minuman terputus. Ibu dan bapa terpaksa berlaparan semata memberi anak-anak mereka makanan yang secukupnya. Media massa menunjukkan sesetengah orang di negara bawah peperangan terpaksa hanya memakan daun yang ambil dari pokok lalu di rebus untuk menjadi makanan. Namun, alangkah malunya kita. Anak-anak kita yang cerewet dengan makanan, dan kita yang membazir sedangkan ramai diluar sana mati kebuluran.
                Atas kekurangan fizikal mereka, kita sudah pasti dapat menggagak kecelaruan mental anak-anak kecil yang tidak bersalah itu. Dibesarkan ditempat kucar kacir, pasti anak-anak it mempunyai kejatuhan emosi seperti trauma dan sebagainya. Semua perkara-perkara yang saya sebutkan tadi hanya disebabkan kerana ketamakan manusia akan harta, pangkat dan kekayaan. Kerana ketamakan, hilang satu sifat yang wajib muncul didalam diri manusia yang wujud atas muka bumi ini. Keperimanusiaan.
                Justeru, adakah kita hanya menutup mata dan telinga apabila membaca berita-berita yang tentera dikaca televisyen atau media sosial? Kita seagama bukan kita semua adalah manusia, kita wajib prihatin dan simpati akan nasib malang yang berlaku kepada manusia sejagat. Jangan hanya membabi buta membiarkan kerajaan bertungkus lumus membantu mereka di luar sana, kita sebagai rakyat berkemampuan patutlah memberi sumbangan dalam membantu mereka yang malang.

                Disebutkan didalam Al quran,  Allah tidak akan mencabar seseorang manusia itu melainkan dengan kemampuannya. Setiap yang berlaku pasti akan ada nikmat yang menanti. Mereka haruslah bersabar kerana syurga pasti akan menanti

You Might Also Like

0 comments: