[BM] Latihan

19:58 Unknown 1 Comments

a)
i. dingin
- Malam ini sungguh dingin menyebabkan saya sukar untuk tidur.
- Ali selalunya bersikap dingin ketika berhadapan dengan kawannya itu.

ii. diam
- "Tolong diam!" kata Cikgu Sarah kepada anak muridnya yang asyik berbual kosong itu.
- Dalam diam, beliau menikahi isteri yang baru.

iii. haus
- Ehsan berasa sangat haus kerana hari ini dia berpuasa buat kali pertama.
- Kanak-kanak iu meminta bapanya membelikan kasut yang baru memandangkan kasut lamanya telah haus.


b)
i. Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menarikan Tarian Zapin dengan lemah gemalai mengikut alunan rentak dan iramanya.

ii.Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawan.

iii. Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai dalam perjalanannya pulang ke Muar.


c) 
i. Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.

ii. Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.

iii. Kakak selalu menggunakan losen pelembap muka sebelum dia tidur.


d)
i. Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.

ii. Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.

iii. Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.


1 comments:

[BM] Contoh Rumusan

18:38 Unknown 0 Comments



    

 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam 
sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa.” Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Seni kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia. Sikap manusia memang menjadi faktor utama pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin. Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media secara serius. Namun usaha tersebut masih di peringkat awal, kerana majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah alam sekitar. Banyak pihak yakin cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk mengasuh mereka menggunakan sumber alam secara berhemat terutamanya penggunaan air dan elektrik.Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Contoh yang lain, lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan lagi. Selain itu, menggalakkan mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol, plastik, kaca, dan kertas. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut. Malah, kita perlu mengajar anak-anak mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh menambahkan tabungan. Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Baja tersebut digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah.”

Majalah-majalah dan surat khabar boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atrikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi minat mereka. Pendekatan ini akan membantu menjana pemikiran mereka. Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan dijadikan kraf tangan seperti beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan   mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Cara ini dapat mendidik mereka menjadi pemurah selain menggalakkan mereka menyertai program berkaitan pemeliharaan alam sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar.

Kita perlu sedar bahawa walaupun usaha tersebut kelihatan kecil tetapi jika semua orang melakukannya, usaha ini
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.

(Dipetik dan diubah suai daripada‘Surat Pembaca’
Utusan Malaysia, 18 November 2009

Rumusan:

     Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih di Malaysia.
                
          Yang pertama adalah pelbagai pihak mempromosikan usaha memelihara alam sekitar melalui media massa  secara serius. Kedua, ramai pihak memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Dengan ini, sifat menyanyangi alam sekitar akan wujud sejak kecil lagi. Ibu bapa juga digalakkan mengajar anak-anak kebaikan mengitar semula. Dengan cara ini dapat mewujudkan sikap jimat cermat. Demikian mengajar mereka kepetingan mewujudkan alam sekitar yang bersih malah sifat ini dapat dikekalkan hingga dewasa kelak.
                
        Masyrakat perlulah mengambil serius tentang keburukan pencemaran alam sekitar agar nasi tidak menjadi bubur.
                
           Kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlulah bekerjasama dalam usaha-usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.






0 comments:

[BM] Latihan

16:32 Unknown 0 Comments

a. i. Zafri merupakan seorang yang pengotor berlainan dengan adiknya yang sentiasa  kemas.
    ii. Cikgu menasihati Abu untuk mengemaskan tulisannya yang cakar ayam supaya mudah dibaca.
   iii. Kekemasan diri amatlah penting bagi memberi persepsi yang baik kepada masyarakat.
   iv. Pak Samad menjual makanan laut dengan harga yang berpatutan di pasar.
   v. Kita perlulah menghargai jasa yang telah diberikan oleh kedua-dua ibubapa
   vi. Samad telah menghadiahkan adiknya sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan.

b. i. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah dihasilkan oleh saya.
  ii. Sayuran-sayuran di belakang rumah perlu disiram oleh kamu setiap petang.
  iii. Latihan intensif selama tiga bulan perlu dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

c. i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memesyarakatkan Bahasa Melayu.
   ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.
  iii. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

d. i. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
   ii. Seluruh penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi.
   iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

0 comments:

[BM] Laporan iFSC 2016

16:31 Unknown 0 Comments

        Pada tarikh 26 hingga 28 Julai 2016, sebuah program telah dijalankan di Pusat PERMATApintar negara, UKM iaitu International Future Scientist Conference. Program ini merupakan program untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam mendedahkan dan menerangkan kajian-kajian yang telah mereka lakukan. Program ini telah melibatkan pelajar dari Kolej PERMATApintar negara dan beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia.

Antara sekolah yang terlibat:

1)      Kolej PERMATApintar Negara UKM
2)      ASASIpintar UKM
3)      Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Negeri Sembilan
4)      MRSM Batu Pahat Johor
5)      SM Sains Banting Selangor
6)      SMK Jalan Tiga Selangor
7)      MRSM Baling Kedah
8)      Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
9)      Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
10)   SM Sains Tg Muhd Faris Petra Kelantan
11)   SBPI Rawang Selangor
12)   Maktab Tentera Diraja
13)   SBPI Gombak Selangor
14)   Sekolah Sultan Alam Shah
15)   Sekolah Tun Fatimah
16)   Sekolah Menengah Sains Labuan
17)   Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
18)   SMK Infant Jesus Convent Johor
19)   Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
20)   SMK Adela Kota Tinggi Johor
21)   SMK Ulu Tiram Johor Bahru
22)   SJK Tamil Ladang Mount Austin (SKK)

       Pada 26 Julai iaitu hari pertama program, para peserta tiba untuk sesi pendaftaran  dan Majlis perasmian. Majlis Perasmian program tersebut dijalankan di Auditorium Pusat PERMATApintar negara. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Varsiti kita diikuti ucapan perasmian dari Naib Canselor UKM. Majlis itu diserikan lagi persembahan-persembahan dari pelajar Pusat PERMATApintar negara.

       Pada 27 Julai, iaitu keesokan harinya merupakan hari pembentangan hasil kajian dan selidik dari semua pelajar. Pembentangan kajian mereka akan dinilai oleh juri untuk menentukan siapakah yang bakal mendapat pingat emas.

Antara kajian yang dibentangkan:

1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Kool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell

        Pada sebelah petang pula, semua pelajar perlulah mengikuti sebuah bengkel yang bertajuk My Ramblings through Science:  from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole Physics’ yang disampaikan oleh penceramah dari luar iaitu, Prof. Dr. Shahidan Radiman.

       Pada 28 Julai iaitu hari terakhir bagi program tersebut, sebuah bengkel dijalankan lagi pada waktu pagi. Penceramahnya dijemput dari Universiti Putra Malaysia.

        Sebelum berakhirnya program tersebut, satu lagi majlis telah dijalankan iaitu majlis penutup.Majlis penutupan tersebut merupakan saat yang paling dinanti dan mendebarkan kerana keputusan akan didedahkan.Majlis penutupan tersebut juga dimeriahkan lagi dengan tarian dan paluan kompang oleh pelajar PERMATApintar negara. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar. Program iFSC pada tahun ini amat meriah dan memberi banyak pengetahuan. Program ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.


0 comments: