[BM] [Jawapan Sahaja] RETORIK

18:29 Unknown 0 Comments

Retorik ( seni berpidato)

1.Retorik penghujahan - rasional, bersifat intelek, logik
2.Retorik penceritaan - rapi, teliti
3.Retorik pemerian - tepat, jelas, objektif, deskriptif
4.Retorik pemujukan - jelas, waras, logik, mengandungi emosi
5.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat
6.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat
7.Retorik pemerian - tepat, jelas, objektif, deskriptif
8.Retorik penceritaan - rapi, teliti
9.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat
10.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat
11.Retorik penghujahan - rasional, bersifat intelek, logik
12.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat
13.Retorik pendedahan - objektif, tidak mengandungi emosi, tepat

0 comments:

[BM] Contoh Retorik

06:28 Unknown 0 Comments

Retorik pemerian
Haiwan peliharaan saya, Tomi, seekor harimau belang, berusia tiga tahun, mempunyai rupa paras yang comel. Badannya besar, kulitnya berbulu, panjangnya 2 meter, dan beratnya 150 kilogram. Bulunya berbelang-belang, sentiasa disikat rapi oleh saya. Ketika berjalan, langkahnya perlahan namun menimbulkan kegerunan terhadap sesiapa yang bertemu dengannya.

Retorik pemujukan
 Perasaan takut:
Jikalau adik duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul.

Perasaan benci:
"Janganlah mengundi lelaki tersebut untuk menjadi pemimpin kita. Lelaki itu gila kuasa. Sudah pasti kita akan dianiaya olehnya. Ini tanah air kita. Kita berhak untuk memilih pemimpin yang sepatutnya!"

Retorik penceritaan
Boleh dikatakan hampir semua tenaga saya telah hilang dek kesibukan yang melampau pada hari ini. Sejak pagi tadi saya bertungkus lumus menguruskan hari sukan yang berlangsung di sekolah saya. Sepanjang hari saya langsung tidak melabuhkan punggung untuk berehat. Sebagai ketua AJK sukan, ini adalah tugas saya untuk memastikan kesemua aktiviti hari sukan berjalan dengan teratur dan lancar. Selain itu, saya berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam program ini. Tepat pukul 7 malam, akhirnya saya dapat melepaskan nafas lega setelah tamatnya program yang julung kalinya diadakan.

Retorik pendedahan
Apakah itu harimau belang? Harimau belang yang juga dipanggil Pak Belang merupakan spesies kucing besar. Harimau belang berasal dari Asia Timur dan Selatan. Ia merupakan pemangsa bagi haiwan-haiwan herbivor. Besar harimau boleh mencecah panjang 3.3 meter dan berat sebanyak 300 kilogram. Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang yang menegak berwarna gelap.

Seterusnya, harimau belang banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, maskot sukan dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

0 comments: