[BM] BAHASA MELAYU TINGGI

17:49 Unknown 0 Comments


Bahasa Melayu tinggi adalah merujuk kepada pengunaan bahasa melayu dalam konteks wacana ilmiah. Bahasa melayu tinggi juga selalu dirujuk sebagai kesarjanaan dan kebudayaan. Lazimnya, bahasa melayu tinggi digunakan dalam seminar, persidangan dan sebagainya yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan lain-lain.

Ciri-ciri

1.Ayat yang digunakan lengkap dari segi tatabahasa, predikat dan subjek.
2.Mengunakan imbuhan yang lengkap.
3.Mengunakan kosa kata yang canggih dari bentuk dan maknanya.
4.Ganti nama yang lebih sopan dan menghormati.
5.Tanda baca yang lengkap.
6.Mengungkapkan konsep ilmu dan budaya yang tinggi.
7.Bahasa orang berpelajaran.

Contoh

a)Reformasi - perubahan
b)Manifesto - pendirian
c)Variasi - kepelbagaian
d)Prakarsa - inisiatif
e)Sinergi - kerjasama
f)Bemaharajalela - berleluasa
g)Obligasi - semangat


0 comments:

[BM] RUMUSAN-Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian di Negara Kita dan Langkah Kerajaan untuk Menanganinya.

17:19 Unknown 0 Comments

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

   Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih tinggi pada masa yang berikutnya.
    
   Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari arahan pihak berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka.
   
  Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri.
     
   Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak mengizinkan peniaga mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil.

JAWAPAN:

      Petikan membincangkan tentang impak kenaikan harga barang dalam keperluan harian di negara Malaysia.

      Yang pertama adalah pengguna terpaksa membayar lebih mahal dari biasa justeru menyebabkan beban tanggungan keluarga makin bertambah. Kedua, Ramai peniaga telah mengambil langkah songsang dengan menentukan harga barang sendiri. Kerajaan perlulah segera menerangkan dengan lebih lanjut sebab kenaikan harga ini, Jika tidak, ramai peniaga akan menyumbangleweng dengan menaikkan harga barang menyebabkan ramai pengguna terjejas. Demikian, ekonomi negara akan jatuh mendadak kerana manipulasi perniaga yang tamak.
 
      Kerajaan perlulah tegas dalam menerangkan dan menyelia peniaga agar mereka mengikuti akta-akta yang ditetapkan supaya ramai pengguna yang susah akan lebih mudah untuk berbelanja keperluan harian untuk keluarga.

      Kesimpulannya,rakyat Malaysia haruslah bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara yang memberi kebaikan kepada semua.                                                                        
                                                                                                                (107 perkataan)

0 comments:

BERITA: [Re-orentasi] kaunseling

09:28 Unknown 0 Comments


                                         


Pusat PERMATApintar negara, Jan 2016 - Sempena kemasukan pelajar lama ke kolej, pihak admin Pusat PERMATApintar negara telah mengada satu program khas dinamakan Re-orentasi. Pelajar-pelajar lama sekolah tersebut akan melalui program ini untuk mengimbas kembali persekolahan yang bakal mereka hadapi.

              Di dalam program tersebut, telah diadakan satu sesi khas, iaitu sesi bersama pihak kaunseling. Sesi tersebut adalah untuk memperkenalkan sistem baharu bagi sesi kaunseling. Bagi pembaharuan didalam sistem tersebut, pihak kaunseling telah menukar nama bilik kaunseling kepada Pusat Kaunseling PERMATApintar negara. Pusat tersebut dibuka setiap hari untuk mana-mana pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi kaunseling biasa ataupun kaunseling klinikal.

             Kaunseling biasa adalah satu sesi dimana pelajar yang memerlukan pertolongan akan berbual secara terus bersama kaunselor untuk minta pendapat dan juga pertolongan. Sesi kaunseling ini boleh dibuat secara individu mahupun kumpulan iaitu 3 orang atau lebih. Pelajar juga boleh berkongsi masalah bersama kaunselor tanpa risau akan maklumat sulit. Kaunselor bagi sesi kaunseling biasa adalah Dr. Ilmi, Pn. Jamaliah dan juga Pn Ros.

             Kaunseling klinikal pula adalah sesi dimana pelajar mempunyai masalah dari segi mental seperti contoh, Panic Attack, Axienty, Depressed dan Stress. Pelajar boleh menceritakan kepada kaunselor yang terlibat dan kaunselor tersebut akan memberikan pertolongan yang sewajarnya. Kaunselor yang terbabit adalah, Dr Tan.

            Mana-mana pelajar yang ingin sesi kaunseling boleh membuat temu janji di Pusat kaunseling PERMATApintar. Secara keseluruhan, Pusat Kaunseling banyak membantu dari segi masalah pelajar dan juga tempat untuk berkongsi rahsia. Pelajar boleh melawati Pusat Kaunseling di Blok Makmal Asasi, PERMATApintar negara.


0 comments: